Agama Video

Kelebihan surah Al-Mulk


Daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda,

“Sebahagian daripada al-Qur’an ada satu surah yang jumlah ayatnya tiga puluh ayat semuanya, surah ini dapat memberikan pertolongan kepada orang yang membacanya sehingga diampunkan segala dosa-dosanya, surah itu ialah al-Mulk”

(Hadith Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi)

Huraian Hadith:

Hadith ini menunjukkan kelebihan surah “Tabaraka”. Orang yang sentiasa mengamalkan membaca surah “al-Mulk” sehingga akhir surah akan diampunkan oleh Allah S.WT segala dosanya.

Al-Qur’an yang diturunkan Allah SWT mempunyai pelbagai rahmat kepada orang yang membacanya

Kandungan berkaitan