Program Bulan Kesedaran Disleksia anjuran Pusat Khidmat Rakyat DUN Sentosa berlangsung di Dewan SMK Batu Unjur, Bandar Bukit Tinggi, Klang dirasmikan oleh EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga, YB Dr. Siti Mariah Mahmud. Program ini bertujuan bagi memberi pendedahan dan pendidikan yang lebih luas kepada ibubapa khususnya yang memiliki anak istimewa Disleksia dan bagaimana mengenali tanda-tanda awal anak-anak yang memiliki Disleksia kepada masyarakat umum. Penganjuran program turut mendapat kerjasama agensi Kerajaan, Hospital Pakar Sentosa & Pertubuhan Bukan Kerajaan.