Enakmen Penggerak Belia Selangor bakal diwujudkan bagi membolehkan golongan belia menyampaikan pandangan kepada Kerajaan Negeri. EXCO Pembangunan Generasi Muda & Sukan dan Pembangunan Modal Insan, Mohd Khairuddin Othman berkata demikian ketika program Rakan Muda Prihatin We Care anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor bersama Pusat Khidmat Masyarakat DUN Paya Jaras.