Program ADN Muda Selangor Virtual 2020 anjuran Kerajaan Negeri bersama UNDI18 dan Penggerak Belia Tempatan (PeBT) turut mendapat kerjasama daripada pihak TVSelangor dan Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) SUK untuk kelancaran sepanjang persidangan atas talian. Peserta yang terpilih untuk menyertai persidangan ini akan diumumkan di platform media sosial @PAMSVirtual pada 7 September 2020.