Klik

Kes petugas kesihatan dijangkiti Covid-19 meningkat

Lebih separuh daripada petugas kesihatan yang dijangkiti Covid-19 telah mendapat jangkitan daripada petugas kesihatan lain. Hasil siasatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kes positif Covid-19 di kalangan petugas berkenaan kebanyakan berpunca daripada penularan di kalangan petugas kesihatan sendiri. Bagaimanapun, tiada petugas yang dijangkiti semasa menguruskan pesakit di wad Covid-19 atau di unit rawatan rapi (ICU). Justeru, petugas kesihatan dinasihatkan meningkatkan langkah pencegahan jangkitan setiap masa, terutamanya ketika bertugas.

Kandungan berkaitan