Klik

Kilang di Balakong berpotensi jadi destinasi pelancongan

Kilang Polar Ice Cream di Balakong berpotensi besar menyertai program pelancongan perindustrian pada tahun 2021, kata Ahli Dewan Negeri Balakong, Wong Siew Ki. Beliau bersama EXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han hari ini turut meninjau operasi kilang tersebut. Katanya, beberapa kilang lain juga dikenal pasti untuk menyertai program sama sekali gus membantu kilang-kilang terbabit meningkatkan ekonomi selepas terjejas dan terikat dengan Printah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kandungan berkaitan