Klik

Kluster baharu dikenal pasti di Kunak, Sabah

Terdapat satu kluster baharu yang telah dikenal pasti iaitu Kluster Pulau di Kunak, Sabah. Kes indeks kluster ini merupakan seorang wanita warganegara berusia 68 tahun dan didapati positif pada 13 September 2020. Sehingga 15 September 2020, sejumlah 128 individu telah disaring dalam kluster ini dan daripada jumlah itu, sembilan dikesan positif, 18 negatif dan 101 masih menunggu keputusan.

Kandungan berkaitan