Aduan Rakyat

Komuniti perumahan sepakat bina zon bersih

Program Zon Bersih Mini Zebee yang diperkenalkan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam pada tahun 2014 telah memberi semangat kemuafakatan kepada empat buah taman perumahan di sekitar Shah Alam.

Empat taman tersebut adalah Taman Universiti, Taman Universiti 2, Taman Tanjung Api-Api dan Taman Jaya.

Sikap saling hormat menghormati sesama jiran dan masyarakat menjadikan kemuafakatan antara taman-taman ini terus kukuh sekali gus menghasilkan kawasan persekitaran lebih bersih, harmoni dan selamat.

Kandungan berkaitan