SelangorTV
Klik

KPDNHEP: Semua premis diperiksa patuh SOP

Semalam, 5 Disember 2020, penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah membuat pemantauan harian ke atas 12 jenis bekalan barangan di 656 premis perniagaan.
Bekalan barangan keperluan didapati mencukupi dan mampu menampung keperluan dalam negara. Pegawai penguat kuasa KPDNHEP juga telah melakukan 550 pemeriksaan khas pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan mendapati kesemua premis mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Video berkaitan