Kualiti rumah, fokus Haniza jelang Belanjawan 2019

0
189

Exco Perumahan dan Kehidupan Bandar, Haniza Talha akan membawa cadangan nilai tambah kepada dasar perumahan awam dan projek Rumah Selangorku menerusi proses perangkaan Belanjawan 2019 Negeri Selangor yang akan dilaksanakan tidak lama lagi. Usaha penyediaan rumah awam, pengurangan kos pembinaan rumah mampu milik dan kajian bilangan lot parkir akan menjadi fokus utama kepada penambahbaikan itu.