Persidangan Antarabangsa Pengurusan dan Muamalah Kali Ke-6 anjuran Fakulti Pengurusan dan Muamalah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) bertujuan meningkatkan pembangunan penyelidikan dalam kalangan para akademik serta berkongsi hasil dapatan penyelidikan berkenaan bidang perbankan, perniagaan, kewangan, dan perakaunan di peringkat antarabangsa.