Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari menerima Buku Laporan Risiko Bencana oleh Japan International Cooperation Agency (JICA), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur, Pusat Penyelidikan Antarabangsa Sains Bencana (IRIDeS) dan Universiti Tohoku Jepun berdasarkan kajian di Hulu Langat, Kapar dan Klang, kawasan yang sering berlaku banjir dan tanah runtuh. Selangor bakal memiliki data sistem pencegahan banjir dan tanah runtuh menjelang 2022.