Seramai 30 murid dan tiga guru Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 12 Subang Jaya, mengadakan lawatan ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor. Mereka diberi pendedahan tentang tugasan Speaker dan Ahli Dewan Negeri (ADN) seterusnya dibawa melawat tempat persidangan DUN selain diberi penerangan mengenai proses perbahasan berlangsung.