Terdapat pertambahan lapan kes kematian akibat Covid-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia adalah sebanyak 471 kes atau 0.42 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. Kes kematian turut melibatkan seorang lelaki berusia 39 tahun dari Negeri Sembilan dengan latar belakang penyakit kencing manis.