Liga Usahawan antara program baharu yang akan dilaksanakan tahun ini mengikut kategori untuk memberi peluang kepada para usahawan menunjukkan kebolehan mereka secara maksima. Selain itu, ia juga bagi melahirkan usahawan yang dapat menggarap kefahaman Internet Segalanya atau ‘Internet of Things’ (IoT). Program baharu lain yang akan dilaksana termasuk ‘Social Business City’, Gerbang Usahawan Selangor dan Tanyalah CEO.