Klik

Majlis Raja-Raja tentukan keputusan doktrin GISBH

#gisbh #majlisrajaraja #doktrin

Keputusan berkaitan doktrin fahaman Global Ikhwan Service and Business Holding G-I-S-B-H bakal diketahui selepas mendapat perkenan daripada Majlis Raja-Raja yang dijadual bersidang bulan depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, sebelum ia diperkenankan, Jawatankuasa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (M-K-I) yang dipengerusikan oleh Datuk Dr Nooh Gadut akan berbincang dengan semua mufti negeri di Terengganu selama tiga hari bermula esok.

Katanya, keputusan perbincangan itu kemudian akan dibentangkan kepada Pengerusi MKI, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan timbalannya yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum dibawa ke Persidangan Majlis Raja-Raja.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pra Pelancaran Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-64 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, siang tadi.

#selangortv #mediaselangor #semasa

SUBSCRIBE kami di https://www.youtube.com/channel/UCKmQi2C16equg-umN_oGmuQ

SelangorTV
FACEBOOK : https://www.facebook.com/SelangorTV

MediaSelangor
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MediaSelangor
TWITTER : https://twitter.com/media_selangor
INSTAGRAM : https://instagram.com/mediaselangor
TELEGRAM : https://t.me/MediaSelangor

Kandungan berkaitan