Klik

Makan Malam Istiadat Konvokesyen UNISEL disambut meriah

Majlis Makan Malam Istiadat Konvokesyen Universiti Selangor (UNISEL) yang diadakan pada 2 Disember 2019 bertempat di TAMU Hotel & Suites, Kuala Lumpur disambut meriah apabila dihadiri lebih 100 orang tetamu. Presiden dan Naib Canselor UNISEL, Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman berkata majlis ini bertujuan untuk menghargai kakitangan dan pelajar yang terlibat sempena Istiadat Konvokesyen UNISEL ke-14 yang berlangsung pada 30 November hingga 2 Disember 2019 yang lalu. Turut hadir sama memeriahkan majlis adalah Canselor UNISEL, Tan Sri Raja Arshad Raja Uda dan Duta Besar Turki, Dr. Merve Safa Kavakci serta Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang, Rozana Zainal Abidin.

Kandungan berkaitan