Program Kerajaan Selangor Video

MB : Kerjasama PBT dengan semua pihak perlu dalam memenuhi aspirasi rakyat di bandar.

Daerah Petaling merupakan daerah termaju di negeri Selangor. Oleh yang demikian, MBPJ, MBSA dan MPSJ perlu lebih bekerjasama dengan semua pihak seperti ahli majlis, badan-badan bukan kerajaan, persatuan penduduk dan pihak-pihak lain dalam mendengar masalah penduduk di bandar yang lebih kompleks dan mencabar. Komitmen yang cukup berintegriti, jujur, amanah dan komited perlu diteruskan oleh anggota perkhidmatan awam dalam memenuhi aspirasi rakyat Selangor.

Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata demikian dalam ucapannya dalam Program Menteri Besar Selangor Turun Padang bagi peringkat Daerah Petaling di Auditorium MBPJ.

Kandungan berkaitan