Program Kerajaan Selangor Video

MB : Setiap orang berhak mendapat air

Air adalah sumber kehidupan. Setiap organisme hidup memerlukan air untuk meneruskan kehidupan. Air juga membentuk peratusan terbesar dalam tubuh setiap hidupan. Malah, sejarah mencatatkan kebanyakan tamadun manusia bermula di kawasan berdekatan sumber air, samada sungai, tasik atau laut. Bertolak dari sini, matlamat utama bagi setiap polisi dan pelaksanaan program sumber air adalah memastikan hak setiap orang untuk mendapat air terus terjamin dan terpelihara,tegas MB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam ucaptama beliau dalam wacana Malaysian Power and Water Summit 2014 anjuran Asean Strategy and Leadership Institute (ASLI).

Kandungan berkaitan