Sebanyak 20 struktur paparan iklan tanpa kebenaran dirobohkan Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR) dan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) di sepanjang rizab Jalan Persekutuan di kilometer 17.3 sehingga 17.7. Struktur berkenaan dibina tanpa kelulusan dan tidak mengikut piawaian yang ditetapkan.