Klik

Mengingati Almarhum ayahanda, Sultan ziarah makam

DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menziarahi makam Almarhum ayahanda baginda di Makam Diraja Klang, pagi tadi. Keberangkatan baginda diiringi DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah. Turut hadir, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari. Setelah itu baginda berkenan membaca Surah Yasin yang diketuai Mufti Selangor. Acara ini berlangsung sempena ulang tahun Almarhum ayahanda baginda, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.

Kandungan berkaitan