Klik

MPKL kawal Pasar Banting elak suasana sesak

Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) terus memantau dan meningkatkan usaha bagi mengawal pergerakan orang ramai yang berkunjung ke pasar-pasar awam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan seluruh negara dengan tujuan membendung penularan wabak Covid-19. MPKL bertindak membuka hanya satu pintu masuk ke Pasar Banting dan hanya seorang wakil keluarga sahaja dibenarkan memasuki pasar dengan kedudukan jarak selamat sekurang-kurangnya satu meter.

Kandungan berkaitan