Klik

MPKL pantau air pasang besar & pokok tumbang

Pemantauan fenomena air pasang besar oleh Pasukan Tindakan Segera (Skuad Pantas) Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) di enam kawasan termasuk pantai sekitar Kuala Langat mendapati tiada berlaku limpahan air dan semua kawasan terkawal. Kawasan terlibat termasuk Pantai Kelanang, Pantai Baru Morib, Pantai Morib, Pantai Batu Laut, Jeti Tanjung Sepat dan Taman Harmoni. Turut menyertai operasi pemantauan adalah Ahli Dewan Negeri (ADN) Morib, Hasnul Baharuddin. Selain itu, MPKL turut menjalankan pemantauan pokok tumbang di semua kawasan berkenaan.

Kandungan berkaitan