Klik

MPKL sita lima buah kedai runcit warga asing

Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) telah menjalankan pemeriksaan ke atas lapan buah premis kedai runcit di sekitar bandar Banting dan hasil pemeriksaan itu mendapati lima buah premis kedai runcit tidak memiliki lesen perniagaan MPKL selain dikendalikan oleh warga asing. Arahan penutupan premis serta-merta dan tindakan sitaan pelbagai barangan seperti tong gas, beras, mesin timbang dan lain-lain telah dijalankan.

Kandungan berkaitan