Klik

MPS bertindak tegas roboh dua kilang haram di Rawang

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) bertindak merobohkan dua tapak struktur binaan tanpa kebenaran membabitkan bengkel jentera berat dan kilang kitar semula di tepi sungai sekitar Rawang. Difahamkan, premis terbabit didirikan di atas tanah milik Kerajaan Negeri. Enam lagi struktur haram telah dikenal pasti untuk diambil tindakan. Perobohan dilakukan mengikut Seksyen 425 Kanun Tanah Negara.

Kandungan berkaitan