Klik

Muruku guna logo halal generik, JAIS bertindak..

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah bertindak atas aduan orang awam berkenaan penggunaan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang tidak sah di sebuah produk makanan ringan muruku yang dijual di pasaran.
Tindakan penguatkuasaan itu telah dilaksanakan dalam sebuah operasi bersepadu melibatkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Kajang dan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat.

Kandungan berkaitan