Program Kerajaan Selangor Video

MB: Projek Horas tambah bekalan air mentah

Bagi menambah bekalan air mentah kepada pengguna di Lembah Klang, Kerajaan Negeri kini dalam usaha melaksanakan Projek Hybrid off River Augmentation System (HORAS) yang dijangka siap Julai 2015. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata projek yang dibangunkan di kawasan bekas lombong bijih timah seluas 235 hektar di Kampung Sungai Darah itu mampu membekalkan air bersih antara 600 hingga 700 Juta Liter Sehari (JLH). Katanya, kolam takungan Fasa 1 itu akan dipamkan ke loji rawatan air yang berhampiran iaitu SSP1 yang terletak kira-kira tiga kilometer.

Kandungan berkaitan