Klik

Noor Hisham menghadap Sultan, sembah maklum situasi Covid-19

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah menghadap DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menyembah maklum situasi semasa pandemik Covid-19 di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam petang tadi. DYMM Sultan turut menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Noor Hisham serta pasukannya, termasuk kesemua petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus berusaha menangani ancaman wabak berbahaya itu.

Kandungan berkaitan