Final Ragbi Alumni 2018 menyaksikan Alumni Maktab Tentera Diraja atau Old Putera Association (OPA), Kuala Lumpur muncul juara menewaskan Victoria Institution Old Boys Association (VIOBA) 17-10. Perlawanan akhir berlangsung di Padang Bellamy, Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).