Lensa Pilihan Mingguan

Pak Dain Si Tok Dalang.

Muhammad Dain Othman, 72, yang menjadi sebagai ‘Tok Dalang’ melakukan persembahan wayang kulit yang menampilkan watak-watak daripada siri filem ‘Star Wars’ yang bertajuk Peperangan Bintang dihadapan penonton di Royal Selangor Visitor Centre Setapak hari ini.

Karakter daripada siri filem ‘Star Wars’ ini akan menggantikan watak-watak yang mempelopori wayang kulit selama ini seperti Ramayana, Hanuman, Sri Rama, Sita Dewi, Maharaja Rawana dan Laksamana daripada epik Silam India Hikayat Rama.

Masih terngiang pesanan guru saya, “Dain yakinlah wayang kulit tak akan mati sebab hilang seorang berganti seorang,” jelas lelaki berusia 72 tahun itu yang menjadi generasi ke-13 diakreditasi sebagai Tok Dalang, Wayang Kulit Melayu Tradisional Kelantan (WKMTK).

Pak Dain berkata, wayang kulit Star Wars itu tidak menyalahi ciri-ciri dominan pertunjukan tradisional itu yang diamal sejak turun-temurun.

Namun, wayang kulit yang popular pada era itu yang masih bertahan sehingga hari ini adalah WKMTK kerana Pak Dain adalah generasi terakhir dan masih mencari generasi baharu.

Gambar oleh Zulfadhli Zaki | Media Selangor

Kandungan berkaitan