Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Selangor dijangka kembali menganjurkan Pasar Agro Selangor pada September ini dengan memfokuskan lokasi baharu. Program jualan terus barangan segar dari ladang itu mendapat sambutan yang menggalakkan sejak diperkenalkan pada Mac lalu berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).