Ucapan Pimpinan Video

PASMEB : Siasat dalang sebar berita palsu MB Selangor

Pakatan Anak-Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (PASMEB) membuat satu laporan Polis terhadap Agensi Berita Nasional (Bernama) bersabit penyebaran laporan palsu yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab berhubung isu Menteri Besar Selangor.

Penaja PASMEB, Mazli Saring berkata, laporan polis dibuat terhadap Bernama kerana seseorang menggunakan nama ‘Bernama’ menyebarkan mesej palsu berkenaan melalui Whatsapp yang mengatakan Exco Selangor, Iskandar Abdul Samad bakal mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor yang baru pada 7 Julai jam 2 petang.

Kandungan berkaitan