Klik

PDRM tahan tiga PATI, 607 sekatan jalan seluruh negara

Seramai tiga pendatang asing tanpa izin (PATI) berjaya ditahan dalam Operasi Benteng semalam. Turut berjaya dirampas sebuah bot dan kapal serta lima kenderaan darat. Dalam operasi itu, pihak berkuasa turut mengesan 142 bot dan kapal di perairan negara serta dua kenderaan darat melalui tujuh aktiviti penglihatan. Sementara itu, sebanyak 607 Sekatan Jalan Raya (SJR) Operasi Benteng dilaksanakan semalam yang melibatkan Operasi PENAWAR melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dengan 552 SJR, Operasi Benteng PDRM dengan 46 SJR dan Operasi Benteng AKSEM dengan sembilan SJR.

Kandungan berkaitan