TVSelangor
Klik

PDT Klang roboh kandang ternakan haram

Pejabat Daerah/ Tanah Klang melaksanakan tindakan penguatkuasaan ke atas aktiviti pencerobohan tanah Kerajaan (Rizab Masjid & Rizab Sungai) di lot 157828, Jalan Remia 2, Bandar Botanik dalam satu operasi bersepadu melibatkan beberapa agensi kerajaan lain. Tindakan tersebut dibuat bagi melancarkan Projek Tebatan Banjir Sungai Aur Fasa 5 oleh pihak Jabatan Parit dan Saliran (JPS) dan cadangan bagi pembinaan Masjid Jamek Cina Muslim Klang oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Pembinaan kandang lembu dan kambing secara haram itu juga turut mendapat rungutan masyarakat setempat.

Video berkaitan