Klik

Pemulihan empat tebing sungai dijangka siap pertengahan 2021

Pemulihan empat tebing Sungai Labu, Sepang dijangka siap pada pertengahan 2021, jelas EXCO Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Ir. Izham Hashim. Beliau berkata demikian selepas melawat mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu Lanjut bersama Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor, Datuk Gapar Asan. Dalam lawatan tersebut, beliau juga sempat meneliti kaedah terbaik bagi menyelesaikan pemasalahan tebing-tebing tersebut yang telah menyebabkan banjir di kawasan Salak Tinggi, Labu Lanjut dan Ginching.

Kandungan berkaitan