Klik

“Pengusaha kilang diminta berhubung dengan PBT untuk khidmat nasihat,” – Sze Han

Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han menyeru pengusaha kilang dan tuan tanah untuk tampil berhubung dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pejabat daerah tanah (PDT) bagi mendapatkan khidmat nasihat dan mengemukakan permohonan sebelum 31 Disember 2020. Beliau berkata demikian semasa Program Sesi Taklimat Pematuhan Syarat dan Penguatkuasaan Kilang Tanpa Kebenaran Daerah Klang tahun 2020 bertempat di Dewan Hamzah, Klang anjuran Majlis Perbandaran Klang, semalam.

Kandungan berkaitan