Klik

Peningkatan 26 kes positif Covid-19, tiga pulih

Terdapat tiga kes yang telah pulih wabak Covid-19 pada hari ini sekali gus menjadikan jumlah kes pulih sebanyak 8,831 kes (96.3 peratus). Sehingga 15 Ogos 2020 pukul 12 tengah hari, terdapat 26 kes baharu yang telah dilaporkan merangkumi tiga kes import dan 23 kes penularan tempatan. Ia menjadikan jumlah kes positif wabak Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,175 kes.

Kandungan berkaitan