Klik

Penyambungan paip baharu libat tiga wilayah 12 Januari ini

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) akan menjalankan kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip baharu di Persiaran Selangor, Sekyen 15, Shah Alam pada Selasa hadapan (12 Januari 2021) bermula jam 9 pagi. Susulan itu, sebanyak 36 kawasan melibatkan wilayah Shah Alam, Klang dan Petaling akan mengalami gangguan bekalan air berjadual selama 48 jam dan akan kembali pulih sepenuhnya pada 14 Januari 2021 jam 9 pagi.

Kandungan berkaitan