Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang dalam perancangan mengadakan program mega bubur lambuk, melibatkan 13 kampung yang akan menunjukkan kemahiran memasak bubur lambuk mengikut resepi kampung masing-masing. Tujuan program itu adalah untuk mengeratkan silaturahim penduduk sekitar DUN itu selain menyemarakkan bulan Ramadan yang mulia.