Klik

Pesta tertutup, 12 individu ditahan ingkar PKPP

Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Task Force Operasi Pematuhan semalam telah menahan 132 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Daripada jumlah itu, seramai 14 individu telah direman, 118 individu lagi dikenakan kompaun. Antara kesalahan ingkar arahan PKPP termasuklah aktiviti melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan fizikal (49), gagal merekod butiran pelanggan (12), ingkar perintah PKPD (30), gagal melunaskan bil kuarantin (2), pesta tertutup (12) dan tidak memakai pelitup muka (27).

Kandungan berkaitan