Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) komited membangunkan model Smart City menerusi pembangunan terbarunya, Selangor Cyber Valley (SCV) selari gagasan Smart Selangor yang ditunjangi Dato’ Menteri Besar. Pusat pembangunan Smart City SCV seluas 1,300 ekar itu akan dilaksanakan secara berfasa berteraskan sembilan konsep utama.