Klik

PM kuarantin, ADN Kampung Tunku & guru positif Covid-19

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kini menjalani kuarantin kendiri di rumah selama 14 hari selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, yang menghadiri mesyuarat bersamanya disahkan positif Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Sementara itu, Ahli Dewan Negeri (ADN) Kampung Tunku, Lim Yi Wei memaklumkan beliau turut disahkan positif Covid-19 setelah menjalani saringan kedua pada 2 Oktober lalu. Dalam perkembangan lain, memetik laporan Selangorkini, sesi persekolahan di Selangor berjalan seperti biasa walaupun terdapat laporan kes Covid-19 membabitkan seorang guru lelaki di sebuah sekolah rendah berhampiran Ampang.

Kandungan berkaitan