Agama Berita Nasional Berita Selangor

Polis Jangan Dwi Standard, Siasat Sama Tindakan Kencing Poster Nik Aziz

SHAH ALAM  6 SEPT: Polis disarankan tidak mengamalkan amalan dwi standard ketika menjalankan tanggungjawab bagi membendung amalan politik biadab yang semakin berleluasa di negara ini.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, selain menahan dan mendakwa pihak terlibat dalam aksi melampau di sambutan ambang merdeka di Dataran Merdeka 30 Ogos lalu, polis juga perlu mengambil tindakan sama terhadap pihak yang kencing ke atas gambar Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku dalam kempen pilihan raya kecil di Hulu Selangor sedikit masa dahulu.

Meskipun ia hangat diperkatakan di laman-laman sosial dan laman web, ia tidak mendapat apa-apa respon dari polis dan pemimpin kerajaan Umno-BN.

Polis hendaklah bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang mengamalkan budaya politik biadab dan budaya samseng tanpa mengira idealogi politik.

“Ada atau tidak laporan polis dibuat insiden kencing gambar Datuk Nik Aziz, itu bukan soalnya, tetapi polis harus siasat dan tahan individu tebabit.

“Jangan bila babitkan pemimpin Umno-BN barulah tergesa-gesa ambil tindakan,” kata beliau ketika dihubungi TVS.

Menurut Khalid, selain tindakan pihak berkuasa, percubaan pemimpin kerajaan untuk melenyapkan perbuatan biadab penyokong mereka juga tidak menggambarkan sikap sebagai seorang pemimpin.

“Kalau mereka benar-benar mengambil berat tentang akhlak, politik bersih, nak tolak politik samseng dan sebagainya, dari dahulu lagi mereka dah kutuk tindakan-tindakan melampau ini.

“Ini menunjukkan sebenarnya mereka hanya nak gunakan isu ini sebagai isu politik, tak kisah, asalkan menang.

“Mereka tak kisah pun nak benteras politik samseng atau sebagainya, malah mereka yang mempeloporinya,” kata Khalid lagi.

Sementara itu, dalam rancangan Hello Malaysia yang disiarkan secara langsung di saluran Bernama TV baru-baru ini, panggilan telefon dari seorang penonton dipercayai sengaja diputuskan bagi mengelakan insiden kencing gambar Nik Aziz dari diketahui dengan lebih meluas lagi.

Dalam rancangan yang sedang membincangkan isu topik politik biadab, pemanggil tersebut mempersoalkan mengapa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan sama terhadap perbuatan biadab, kencing ke atas Nik Aziz dan Hadi Awang sedikit masa dahulu.

Kandungan berkaitan