Klik

Rakyat digesa isi e-Census sebelum 30 September

Jabatan Perangkaan sedang menjalankan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci 2020) melalui dua fasa iaitu fasa pertama (e-Census, 7 Julai hingga 30 September 2020) dan fasa kedua (bersemuka, 7 hingga 24 Oktober 2020). Berikutan pandemik Covid-19, Kerajaan Persekutuan menggesa orang ramai untuk mengambil bahagian melalui eCensus yang akan tamat dalam tempoh 15 hari lagi. Sehingga kini, hanya 1.5 juta rakyat yang selesai mengisi eCensus. Angka tersebut masih di bawah sasaran kerana Malaysia mempunyai kira-kira 32.7 juta penduduk.

Kandungan berkaitan