Kerajaan Negeri perlu merangka pelan jangka panjang bagi memperkasa industri kreatif secara menyeluruh, kata Ahli Dewan Negeri (ADN) Dusun Tua, Edry Faizal Eddy Yusof. Selain mengambil kira situasi ekonomi semasa, pelan itu perlu berperanan memastikan industri kreatif benar-benar digerakkan menerusi sumber yang ada.