Red Giants Video

#Rangkuman seluruh perlawanan | KEDAH(1) Vs SEL(0)

Dalam separuh masa pertama tidak banyak percubaan dari kedua-dua pasukan yang tepat ke sasaran.
Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan tetapi gagalan menemui sentuhan jaringan seperti sepakan percuma penyerang Kedah, Liridon Krasniqi (m19) melambung melepasi palang gol Selangor.
Begitu juga tandukan Ugo Ukah tiga minit selepas itu yang sekadar melintasi bahagian atas gol Kedah.
Bersambung babak kedua, Kedah memulakan perlawanan dengan melancarkan serangan pantas ke kubu Selangor. Gol dicari diperoleh menerusi Bang Seungwhan pada minit ke 47 yang menanduk masuk hantaran sepakan percuma Syazwan Zainon. Keyakinan Kedah bertambah apabila mendahului lawan dengan terus menggandakan asakan ke pintu gol Selangor. Begitu juga skuad Merah Kuning yang cuba bangkit dalam perlawanan tetapi hampa dalam mencipta gol. Percubaan Patrick Ronaldinho Wleh (m64) mudah dibaca pertahanan lawan dan mematahkannya. Biarpun terus mencuba, Selangor jelas hampa dengan tindakan menyudah kurang berkesan dan kehilangan beberapa pemain utama seperti Andik Vermanshah diyakini menjadi punca terhadap ketumpulan itu.

Kandungan berkaitan