Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dengan kerjasama Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) sekali lagi menganjurkan Program Riang Ria Dunia Membaca pada tahun ini bermula 8 Ogos 2020. Selain aktiviti bercerita, program ini turut menjalankan aktiviti kraftangan dan permainan mengikut tema penceritaan yang diadakan dua kali sebulan di beberapa perpustakaan yang terpilih di seluruh Selangor.