Ucapan Pimpinan Video

Rumah Selangorku Kerajaan Negeri sasar 40,000 rumah mampu milik untuk 5 tahun

Kerajaan Negeri terus komited membina lebih banyak rumah mampu milik pada masa hadapan untuk memenuhi keperluan rakyat Selangor.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Abdul Samad berkata, Kerajaan Negeri mensasarkan pembinaan 40,000 rumah mampu milik dalam tempoh lima tahun akan datang melalui program Rumah Selangorku.

Katanya, komitmen itu selaras dengan keperluan mendesak rakyat untuk memiliki kediaman sendiri pada harga berpatutan.

Kandungan berkaitan