Aduan Rakyat

Sabotaj punca bahan kimia haram terbakar


EXCO Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi Dan Inovasi (STI) dan Hal Ehwal Pengguna, Hee Loy Sian bersama beberapa agensi meninjau kesan letupan dan kebakaran sisa kimia berjadual yang berlaku pada 25 November lalu di Batu 16, Kampung Tambak Jawa, Jeram, Kuala Selangor. Sebanyak 244 tong berisi bahan kimia telah musnah terbakar di lokasi pertama manakala 26 tong lagi yang diletakkan pada jarak 500 meter dilokasi kedua tidak terjejas. Usaha pembersihan sedang giat dilaksanakan oleh Kualiti Alam Sdn. Bhd. dan dijangka selesai dalam tempoh seminggu.

Kandungan berkaitan