Klik

Selangor catat dua lagi kluster baharu, positif 706

Sehingga semalam, terdapat sebanyak 570 kluster telah dilaporkan. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga ingin memaklumkan terdapat sembilan kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini. Daripada jumlah itu, dua kluster baharu dikenal pasti di Selangor iaitu kluster tapak bina Hartamas melibatkan daerah Hulu Langat dan Damai Pelangi pula melibatkan sebuah pusat tahanan di daerah Hulu Selangor di Selangor. Terdahulu, Selangor mencatatkan pertambahan 706 kes positif wabak Covid-10 baharu hari ini.

Kandungan berkaitan